Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Terbaru Creed 2 Dedahkan Pandangan Pertama Anak Ivan Drago

Pelakon watak villain Black Panther, Michael B. Jordan bakal kembali membawakan watak Adonis Creed dalam sekuel filem Creed 2 yang bakal ditayangkan tahun ini. Cuma untuk filem kali ini, Ryan Coogler tidak kembali mengarahkan filem kedua Creed, sebaliknya tanggungjawab diberikan kepada Steven Caple Jr.

Apa yang menariknya tentang filem kedua Creed ini adalah kembalinya watak yang cukup terkenal dalam franchise Rocky. Dolph Lundgren yang muncul dalam filem Rocky IV, Rocky V dan Rocky Balboa akan kembali dalam filem Creed 2 bersama-sama anaknya Drago Jr.

Florian Munteanu yang juga merupakan peninju profesional dari Romania akan membawakan watak anak Ivan Drago itu dan ini merupakan filem pertama lakonan beliau. Drago Jr. akan menjadi seteru utama Adonis Creed dalam filem kedua ini nanti

Sylvester Stallone yang merupakan penerbit dan penulis filem ini telah memuatnaik poster terbaru filem Creed 2 dilaman instagram beliau yang turut menampilkan gambar pertama Florian Munteanu sebagai Drago Jr. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Filem kedua Creed ini bakal menemui penonton pada 21 November 2018

Fight time … #creed 2 #healthylifestyle #rockybalboa1976

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment