Bersempena konvensyen Comic-Con Experience di Brazil, Marvel Studio melancarkan poster terbaru filem Marvel akan datang, Captain Marvel. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.
Captain Marvel akan mengisahkan tentang Carol Danvers yang bakal menjadi adiwira paling hebat di galaksi semasa Bumi terperangkap dalam perang galaktik antara dua bangsa makhluk asing iaitu Kree dan Skrull. Ianya akan berlatarbelakang awal 90an dan akan menceritakan sejarah yang tidak pernah ditunjukkan dalam Marvel Cinematic Universe.
Filem ini turut dibintangil oleh Samuel L. Jackson, Clark Gregg, Ben Mendelsohn, Lashana Lynch, Gemma Chan, Algenis Perez Soto, Rune Temte, McKenna Grace, with Annette Bening, dan Jude Law.
Captain Marvel bakal menemui penonton 8 Mac 2019