Berita

Poster Terbaru CANDYMAN Didedahkan, Trailer Akan Dilancarkan Khamis Ini

Views

Filem remake Candyman yang diterbitkan Jordan Peele bakal melancarkan trailer pertamanya Khamis ini. Tetapi sebelum itu, peminat boleh menyaksikan poster pertama dan rakaman pendek filem seram itu dibawah.

Tidak banyak butiran lanjut mengenai filem arahan Ni DaCosta ini. Difahamkan Candyman akan bertindak sebagai sekuel kepada filem asal yang diterbitkan pada 1992.

Pelakon asal Tony Todd akan kembali memainkan karakternya dari filem asal. Dia turut disertai  Yahya Abdul-Mateen II, Teyonah Parris, Nathan Stewart-Jarrett, dan Colman Domingo.

Filem terbitan MGM dan edaran Universal Pictures ini akan menemui penonton pada 12 Jun 2020.

 

Tinggalkan Balasan

shares