Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Poster “Stranger Things” Musim 4 Goda Kepulangan Hopper & Joyce

Tarikh tayangan Stranger Things Musim 4 Jld. 1 semakin menghampiri dengan Netflix menetapkan tarikh 27 Mei untuk tayangan di seluruh dunia. 

Bagi menghangatkan kepulangan siri popular itu, perkhidmatan penstriman Netflix mendedahkan lebih banyak poster karakter. Anda boleh lihatnya dibawah:


Stranger Things berlatarkan tahun 1980an di sebuah pekan fiksyen Hawkins, Indiana. Apabila seorang budak muda hilang, bandar kecil itu membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa supernatural yang menakutkan dan seorang kanak-kanak perempuan yang pelik

Siri ini dibarisi pelakon seperti Winona Ryder, David Harbour, Millie Bobby Brown, Finn Wolfhard, Noah Schnapp, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Joe Keery, Charlie Heaton, Sadie Sink, Maya Hawke, Priah Ferguson, Cara Buono, dan Brett Gelman.

Musim 4 akan memperkenalkan beberapa karakter baru termasuklah dari bintang Nightmare on Elm Street, Robert Englund sebagai Victor Creel, Jamie Campbell Bower sebagai Peter Ballard, Eduardo Franco sebagai Argyle, Joseph Quinn sebagai Eddie Munson, Sherman Augustus sebagai Lt. Kolonel Sullivan, Mason Dye sebagai Jason Carver, Nikola Djuricko sebagai Yuri, Tom Wlaschiha sebagai Dmitri, Myles Truitt sebagai Patrick, Regina Ting Chen sebagai Cik Kelly, dan Grace Van Dien sebagai Chrissy.

Bintang Anne With an E, Amybeth McNulty turut terlibat dalam siri ini dengan memainkan peranan penting sebagai Vickie.

Stranger Things dicipta dan diterbitkan oleh Matt dan Ross Duffer, yang turut berkhidmat sebagai showrunners. Penerbit eksekutif adalah Shawn Levy, Dan Cohen dan Lain Patterson.

 

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment