Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Poster Rasmi “Law School” Pamer Karisma Menarik Karakter Utama

JTBC telah mendedahkan poster rasmi drama Rabu-Khamis terbaru “Law School

“Law School” adalah drama mengenai pelajar dan profesor di sebuah sekolah undang-undang Korea Selatan yang terperangkap dalam kes yang luar biasa.

Poster utama yang baru dilancarkan itu menampilkan sepuluh karakter utama yang dilakonkan oleh Kim Myung Min, Kim Bum, Ryu Hye Young, Lee Jung Eun, Lee Soo Kyung, David Lee, Go Yoon Jung, Hyun Woo, Gil Hae Yeon, dan Oh Man Seok.

Dibarisan hadapan memaparkan para kakitangan termasuklah profesor undang-undang jenayah Yang Jong Hoon (Kim Myung Min), profesor undang-undang sivil dan ketua klinik sekolah undang-undang Kim Eun Sook (Lee Jung Eun), presiden sekolah Oh Jung Hee (Gil Hae Yeon) , dan profesor undang-undang perlembagaan dan naib presiden Kang Joo Man (Oh Man Seok).

Pelajar sekolah undang-undang berasal dari pelbagai latar belakang. Han Joon Hwi (Kim Bum) memasuki sekolah dengan nilai tertinggi dan reputasi cemerlang. Terdapat dua orang pelajar dengan nama yang sama tetapi sangat berbeza antara satu sama lain. Kang Sol A (Ryu Hye Young) adalah pelajar undang-undang tahun pertama yang mengatasi kemiskinan di zaman kanak-kanak untuk mendapat kemasukan khas ke sekolah undang-undang, sedangkan Kang Sol B (Lee Soo Kyung) dilahirkan dalam keluarga kaya.

Status keluarga Seo Ji Ho (David Lee) tiba-tiba jatuh ke bawah, dan dia menganggap sekolah undang-undang adalah peluang untuk menaikkan kembali statusnya. Jeon Ye Seol (Go Yoon Jung) adalah seorang pelajar cantik yang selalu disukai oleh orang ramai, dan Yoo Seung Jae (Hyun Woo) adalah seorang doktor yang bertukar menjadi pelajar undang-undang. 

Law School” akan memulakan episod pertama pada 14 April 14 jam 9 malam waktu Korea Selatan. Anda boleh poster utama dibawah.

Sumber: Soompi

Related posts

“Vincenzo” & Song Joong Ki Paling Popular Untuk Minggu Ke-2 Berturut-turut

Zulaikha

[TRAILER] WarnerMedia And CATCHPLAY Announce New Taiwan Series ‘Trinity Of Shadows’

Isqandar

8 KOREAN MOVIES YOU’LL ENJOY WHEN YOU WANT SOMETHING DARK & GRITTY

Zulaikha

[TEASER] Musim Kedua “Love (ft. Marriage and Divorce)” Menjanjikan Lebih Banyak Pengkhianatan & Drama

Zulaikha

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Park Bo Young & Seo In Guk Berpegang Tangan Dalam Poster Drama “Doom At Your Service”

Zulaikha