Slot Asia

Poster-Poster Karakter Filem IP-Man 4: The Finale

Views

Lotus Five Star bakal membawakan kepada anda,  sebuah filem aksi seni mempertahankan diri yang paling dinantikan-nantikan, Ip Man 4: The Finale lakonan Donnie Yen dan Scott Adkins.

Sementara menantikan filem tersebut ditayangkan pada 20 Disember ini, mari kita kenali dahulu watak-watak filem menerusi poster karakter dibawah.

Filem terakhir ini akan berkisarkan tentang Ip Man,  Mahaguru Wing Chun yang telah mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun.

Bagaimanapun, komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya sekolah tersebut. Hidup dalam suasana penuh dengan diskriminasi dan dilayan dengan tidak adil, Ip Man bangkit memperjuangkan hak sama rata.

Turut membintangi filem Ip Man 4: The Finale adalah Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan. Pengarah trilogi Ip Man, Wilson Yip kembali mengarahkan filem keempat ini.

Tinggalkan Balasan

shares