Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Netflix Dedahkan Pandangan Pertama Karakter Utama Siri TV The Witcher

Selepas hampir 2 tahun menantikan siri televisyen The Witcher selesai penggambarannya, akhir Netflix mengumumkan siri terbaru mereka akan menemui penonton pada musim luruh tahun ini.

Selain itu juga, Netflix turut mendedahkan poster pertama siri televisyen dan poster karakter The Witcher yang menampilkan pandangan pertama bekas pelakon filem Man of Steel, Henry Cavill yang akan membawakan peranan utama siri tersebut sebagai Geralt of Rivia, Freya Allan sebagai Princess Ciri dan Anya Chalotra sebagai Yennefer of Vengerberg

Siri ini diadaptasikan dari buku berjudul sama karya Andrzej Sapkowski. Ia mengisahkan tentang Geralt of Rivia, pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa.

Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

The Witcher akan bersiaran di platform Netflix pada tahun ini.

Related posts

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

The CW Bangunkan Reboot Babylon 5, Michael Straczynski Kembali Sebagai Penulis

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Ketiga The Witcher

Kakimuvee

Leave a Comment