Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Pertama Ocean’s 8 Pamerkan 8 Krew Yang Cantik Jelita

Warner Bros. Pictures dan Village Roadshow Pictures telah melancarkan poster pertama filem Ocean’s 8, spin off/sekuel dari franchise filem rompakan popular Ocean 11 . Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Diarahkan oleh pengarah filem The Hunger Games, Gary Ross dan ditulis oleh Olivia Milch, Ocean’s 8 dibintangi oleh beberapa pelakon wanita terhebat Hollywood antaranya Sandra Bullock sebagai Debbie Ocean, Cate Blanchett sebagai Lou, Rihanna sebagai Nine Ball, Mindy Kaling sebagai Amita, Awkwafina sebagai Constance; Helena Bonham Carter sebagai Rose, Anne Hathaway sebagai Daphne Kluger dan Sarah Paulson sebagai Tammy. Filem ini juga turut menampilkan Matt Damon sebagai Linus Caldwell yang muncul sebagai watak Cameo.


Ocean’s 8 mengisahkan Debbie Ocean, saudara kepada Danny Ocean yang ingin melakukan satu rompakan di suatu majlis keramaian di New York. Debbie mengumpulkan krew-krew terhebat itu untuk melakukan rompakan tersebut.

Ocean’s 8 dijangka akan ditayangkan pada 8 Jun 2018

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment