
Disney+ telah kongsikan poster terbaru siri spin-off National Treasure: yang kini mempunyai tajuk rasmi – National Treasure: Edge of History.
Poster tersebut menyoroti watak-watak utama dalam siri akan datang. Perkhidmatan streaming itu juga turut mengumumkan tarikh tayangan rasmi iaitu pada 14 Disember 2022. Anda boleh melihat poster tersebut dibawah:
The treasure awaits.
— Disney+ (@DisneyPlus) November 15, 2022
National Treasure: Edge of History, an Original series, is streaming December 14, only on #DisneyPlus. #NationalTreasureSeries pic.twitter.com/90SIbqfFcT
Edge of History akan diterajui Lisette Alexis sebagai protagonis utama Jess Morales, dengan Zeta-Jones (Entrapment, High Fidelity) sebagai mentornya, Billie.
Siri tersebut berkisarkan “seorang jutawan hebat, pakar barangan antik pasaran gelap dan pemburu harta karun yang hidup mengikut kodnya sendiri.”
“Dia mengubah dirinya daripada anak yatim piatu yang tidak berduit kepada seorang ahli perniagaan dan pengembara yang bijak, bergaya,” menurut sinosis.
“Billie sudah biasa mendapatkan apa yang dia mahu — dan dia mahukan khazanah Pan-American. Tetapi bukan hanya untuk wang. Harta ini mempunyai kepentingan yang lebih mendalam untuknya.”
Rancangan itu juga akan menampilkan Zuri Reed (Flatbush Misdemeanors) sebagai Tasha, Jordan Rodrigues (Lady Bird) sebagai Ethan, Antonio Cipriano (Broadway’s Jagged Little Pill) sebagai Oren, dan Jake Austin Walker (Rectify) sebagai Liam.
Siri National Treasure (secara longgar) berdasarkan filem pengembaraan yang dibintangi oleh Nicolas Cage, walaubagaimanapun, watak utama filem tersebut, Benjamin Franklin Gates, mungkin tidak akan muncul dalam siri tersebut.
Dilaporkan, Harvey Keitel akan memainkan semula wataknya sebagai Peter Sadusky, dengan Justin Bartha bersedia untuk kembali sebagai Riley Poole dalam penampilan cameo.
National Treasure: Edge of History diarahkan oleh Mira Nair dengan Jerry Bruckheimer sebagai penerbit.