
tvN telah mendedahkan poster pertama The Uncanny Counter Musim 2.
Poster terbaru menunjukkan bayangan ‘counters’ yang melihat ke arah Bandar Jungjin. Medan tenaga yang menguatkan abiliti super ‘counters’ (dikenali sebagai “Yung’s Territory”) juga boleh dilihat menyinari seluruh bandar.
Selain itu juga, poster itu turut mendedahkan bayangan ‘counter’ yang baru direkrut Jeok Bong (Yoo In Soo) buat kali pertama.
Anda boleh lihat poster tersebut dibawah:
Musim 2 yang bertajuk The Uncanny Counter 2: Counter Punch bakal menyaksikan kepulangan ‘counters’ yang kini menjadi lebih berkuasa selepas menerima kuasa baharu dan pertambahan anggota pasukan.
Lima teraju utama Jo Byeong Gyu, Yoo Joon Sang, Kim Sejeong, Yeom Hye Ran, dan Ahn Suk Hwan akan kembali meneruskan peranan masing-masing dan mereka akan disertai pendatang baru yang terdiri daripada Jin Sun Kyu, Kang Ki Young, Kim Hieora, dan Yoo In Soo.
Berdasarkan webtoon popular, The Uncanny Counter adalah mengenai pemburu syaitan yang dipanggil “counter” yang menyamar sebagai pekerja restoran mi dan memburu syaitan yang telah datang ke Bumi untuk mengejar kehidupan kekal.
Semasa ditayangkan pada 2020, drama itu telah mencipta sejarah sebagai drama yang mencatatkan rating tertinggi dalam sejarah OCN.