Slot Asia

Poster Karakter Utama Drama OCN, Everyone’s Lies / The Lies Telah Dilancarkan

Views

 

OCN telah melancarkan poster karakter utama drama terbaru berjudul Everyone’s Lies / The Lies lakonan Lee Min Ki dan Lee Yoo Young, tayangan pada 12 Oktober ini menggantikan drama Stranger’s From Hell. Anda boleh saksikan dibawah.

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang suaminya hilang selepas ayah wanita itu mati secara mengejut. Wanita itu menyertai politik dan bekerjasama dengan seorang detektif dalam mencari kebenaran dalam dunia politik yang penuh dengan kepura-puraan.

Lee Min-Ki akan memainkan peranan sebagai detektif Jo Tae-Sik, yang menyiasat satu kes kemalangan melibatkan pengamal undang-undang, Kim Seung-Cheol. Manakala Lee Yoo-Young memainkan peranan sebagai Kim Seo-Hee, anak bongsu kepada Kim Seung-Cheol dan isteri kepada seorang suami yang hilang selepas kemalangan yang melibatkan ayahnya.

Drama bersiri ini turut dibintangi On Joo-Wan, Lee Joon-Hyuk, Kim Si-Eun dan Yun Jong-Seok

Tinggalkan Balasan

shares