Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Poster Karakter Titans Musim Kedua Paparkan Penampilan Terbaru Raven


DC Universe telah melancarkan empat poster karakter terbaru siri televisyen Titans musim kedua yang menampilkan Dick Grayson, Starfire, Hawk, Dove dan Raven dengan gaya kostum terbarunya. Anda boleh saksikan poster-poster tersebut dibawah.

Titans mengisahkan sekumpulan adiwira muda dari DC Universe yang terdiri daripada Dick Grayson dan Rachel Roth. Mereka berdua turut disertai beberapa adiwira lain seperti Starfire dan Beast. Bersama-sama, mereka menjadi sebuah keluarga dan membentuk kumpulan adiwira.

Brenton Thwaites memainkan peranan utama sebagai Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Musim kedua juga bakal menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

Siri televisyen Titans boleh didapati diplatform penstriman video DC Universe mulai 6 September ini.



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee