
Marvel telah mendedahkan poster karakter untuk filen Marvel Cinematic Universe yang akan datang, Thor: Love and Thunder. Poster-poster itu menampilkan barisan pelakon yang membintangi entri terbaru itu termasuklah… dua ekor kambing.
Thor: Love and Thunder akan ditayangkan pada 8 Julai ini. Anda boleh poster-poster terbaru itu dibawah:
“Filem kali ini menyaksikan Thor (Chris Hemsworth) dalam penggembaraan yang tidak pernah dia hadapi – pencarian untuk kedamaian dalaman. Tetapi persaraannya diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher (Christian Bale), yang mahu melihat kepupusan para dewa,” menurut sinopsis rasmi.
“Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie (Tessa Thompson), Korg (Taika Waititi) dan bekas teman wanitanya, Jane Foster (Natalie Portman), yang – mengejutkan Thor – secara tidak dapat dijelaskan, boleh menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, dan menjadi Thor yang perkasa. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri pembalasan dendam oleh God Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.”
Filem ini juga akan menampilkan beberapa alumni Marvel Cinematic Universe seperti Jaime Alexander sebagai Sif, Jeff Goldblum sebagai Grandmaster, Waititi sebagai Korg, dan bintang Guardians of the Galaxy termasuk Chris Pratt sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin, dan Vin Diesel sebagai Groot.
Turut menyertai mereka adalah Matt Damon, Sam Neill, dan Luke Hemsworth yang sekali lagi akan kembali untuk peranan cameo, bersama-sama dengan Melissa McCarthy dan Russell Crowe.
Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great). Filem terbaru Marvel Studios ini akan ditayangkan di pawagam pada 8 Julai 2022.