Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Poster Karakter ‘Ghost Doctor’ Yang Menampilkan Rain, Kim Bum, UEE, & Na-Eun


tvN telah mendedahkan poster karakter untuk drama Isnin-Selasa terbaru mereka, Ghost Doctor, yang menampilkan barisan pelakon utamanya. 

Drama fantasi-komedi itu akan mula keudara pada 3 Januari jam 10.30 malam waktu Korea Selatan, dan berkisarkan tentang seorang doktor yang genius bernama Cha Young Min, yang suatu hari mendapati dia menjadi hantu, terawangan di dunia tanpa badan.

Penyanyi/pelakon Rain kembali ke skrin kecil sebagai Cha Young Min, seorang genius yang menyelamatkan nyawa mana-mana pesakit yang disentuhnya. Cha Young Min menumpukan pada tanggungjawabnya sebagai doktor yang menyelamatkan nyawa, tetapi suatu hari, jiwanya terpisah dari tubuhnya sehingga dia menjadi hantu terapung.

Disamping dengan Rain, pelakon Kim Bum memegang watak sebagai doktor pelatih bernama Go Seung Tak, yang tidak berminat untuk menyelamatkan nyawa apa pun. Dilahirkan dalam keluarga kaya, kehidupan Go Seung Tak sentiasa terlalu mudah, sehingga hantu menjengkelkan datang ke dalam hidupnya dan menghantuinya.

Menyertai mereka dalam Ghost Doctor adalah idol-yang-menjadi-pelakon, UEE dan anggota A Pink, Na-Eun. UEE memainkan peranan sebagai pakar bedah otak, Jang Se Jin, dan dia juga merupakan bekas teman wanita Cha Young Min. Manakala Na-Eun memainkan peranan sebagai pelatih ER, Oh Soo Jung, yang mengentahui rahsia kecil Go Seung Tak.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee