Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster IT Chapter Two Didedahkan!

Warner Bros. Pictures telah mendedahkan poster terbaru filem IT Chapter Two yang agak menyeramkan. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah. Trailer filem sekuel ini dijangka akan dikeluarkan pada hari ini. Terus ikuti kami untuk menyaksikan trailer terbaru IT Chapter Two.

IT Chapter Two ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama IT. 

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.

Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter Two akan menemui penonton pada 6 September 2019.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment