Akhirnya, poster rasmi filem Interchange telahpun didedahkan kepada peminat filem pada jam 6 petang semalam.
Interchange adalah sebuah filem arahan pengarah terbaik FFM25 Dain Said dan dibintangi oleh beberapa pelakon ternama Malaysia dan Indonesia seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nadiya Nisaa’.
Filem ini dijangka akan ditayangkan dipawagam pada 1 Disember depan.
Memaparkan wajah dua pelakon popular dua negara Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra yang dibelah sebatang tongkat sebagai imej utama memberikan gambaran kepada penonton asas utama penceritaan filem ini yang ditulis oleh June Tan, Nandita Solomon, Redza Minhat dan pengarahnya sendiri.
Penonjolan imej dua watak yang saling bertentangan latar budaya moden dan tradisi itu bakal membawa membawa penonton mendekati pertentangan yang bakal berlaku dalam budaya tersebut.
Wajah dua pelakon suami isteri Iedil Putra dan Prisia Nasution turut ditampilkan bersilang gambaran tentangan dua budaya berbeza itu.
Dengan tagline “You Are Not Prepared For This Journey,” pastinya penonton bakal dibawa meneroka dan membongkar dunia misteri yang menyelubungi empat watak tersebut.