Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Poster Creed 2 Didedahkan, Sylvester Stallone Umum Tarikh Tayangan


Filem kedua Creed 2 dijangka akan ditayangkan pada 22 November 2018, seperti yang diumumkan oleh bintang filem berkenaan, Sylvester Stallone dilaman Instagram beliau.

Pelakon yang terkenal dalam siri filem Rocky itu juga telah memuatnaik poster terbaru untuk filem tersebut.

“It is coming out in November!!! Thanksgiving!!! You’re really won’t know how tough you are until you have to stand toe to toe with your worst fear and knock it out cold!!!!

Filem Creed 2 bakal diarahkan oleh pengarah Steven Caple Jr., pengarah dipilih sendiri oleh Stallone dan Michael B. Jordan. Selain Sylvester Stallone dan Michael B. Jordan, Creed 2 juga turut bakal menampilkan Dolph Lundgren sebagai Ivan Drago dan juga Tessa Thompson.

Setakat ini tiada plot rasmi didedahkan kepada umum, tetapi terdapat laporan, filem kedua ini bakal mengambil inspirasi dari filem Rocky IV kerana ia turut dibintangi Dolph Lundgren, pelakon filem keempat Rocky itu.


Sylvester Stallone juga bertindak selaku penulis filem ini bersama-sama Cheo Hodari Coker, manakala pengarah filem pertama Ryan Coogler bertindak selaku eksekutif penerbit.

Penggambaran Creed 2 akan dimulakan pada Februari 2018.


Related posts

Poster & Trailer Pertama The Expendables 4 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Pengarah Asal Berminat Untuk Arahkan Sekuel “I Am Legend”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee