Rata-ratanya mesti ramai sudah menonton filem Kong: Skull Island dan berpuashati dengan aksi thriller dan grafik yang ditonjolkan dalam filem tersebut walaupun plot dan karakter development nya agak mendatar dan tidak sehebat seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun, siri filem MonsterVerse ini telah meniru langkah filem-filem superhero komik apabila turut menampilkan post credit scene yang menunjukkan klu untuk filem seterusnya. Kami di Kakimuvee akan memberikan sedikit penerangan mengenai post-credit-scene filem Kong: Skull Island yang dilihat agak promising untuk kita tonton filem seterusnya.
Monarch dan M.U.T.O
Kita mulakan dengan satu organisasi Monach yang agak menonjol dalam filem ini. Walaupun organisasi ini telah ditunjukan dalam filem Godzilla 2014, rasanya ramai yang tidak jelas mengenai tujuan organsasi rahsia kerajaan ini diwujudkan. Namun dalam Kong: Skull Island, kita dapat melihat tujuan sebenar Monarch ditubuhkan terutamanya selepas Houston Brooke (Corey Hawkins) & San Lin (Jian Tian) menerangkan kepada James Conrad (Tom Hiddleston) dan Mason Weaver (Brie Larson) mengenai tujuan kewujudan Monarch dan apa yang mereka tahu mengenai Kong dan mahkluk yang lain semasa didalam bilik soal siasat mereka.
Monarch seperti S.H.I.E.L.D dalam filem Avengers, Jika S.H.I.E.L.D melindungi keamanam dari penjahat, Monarch pula ditubuhkan dengan kerjasama diantara kerajaan Amerika, Jepun dan beberapa negara diseluruh dunia. Objektifnya adalah untuk mengenalpastiĀ M.U.T.O, menyiasat dan membunuhnya jika perlu. M.U.T.O bermaksudĀ Massive Unidentified Terrestrial Organism.Ā

Sehingga kini, beberapa M.U.T.O telah dikenalpasti iaitu Godzilla, dua makhluk yang dibunuh Godzilla dalam filem 2014, Kong, Bamboo Spider, Giant Buffolo, SkullCrawler dan Giant Octopus dalam filem Kong: Skull Island. Dalam post credit scene, Houston dan San mendedahkan, selain Kong dan M.U.T.O di pulau Skull Island, terdapat beberapa M.U.T.OĀ yang mereka kenalpasti tetapi tidak menjumpainya lagi dalam bentuk yang mereka lihat seperti mereka melihat Kong dan SkullCrawler.
āKong is King on Skull Island, but there are other kingsā
Antara M.U.T.O yang ditunjukkan dalam post credit tersebut adalah gambar-gambar yang menunjukan Godzilla, Mothra, King Ghidorah dan Rodan. Salah satu gambar yang ditunjukan adalah pertarungan diantara GodzillaĀ dan King Ghidorah. Tetapi gambar tersebut diambil dari lukisan-lukisan di dalam gua dibeberapa tempat yang tidak dinyatakan.
Dalam babak tersebut itu juga, Conrad dan Weaver telah direkrut oleh Monarch untuk menyertai organisasi mereka mengenalpasti M.U.T.O yang lain. Jika kedua-dua watak tersebut direkrut semula, mungkin kedua-dua aktor tersebut akan kembali dalam filem seterusnyaĀ Godzilla: King of the MonstersĀ yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Itupun jika timeline filem tersebut dalam era 70-80an, kiranya prekuel kepada filemĀ Godzilla 2014.Ā
Ini disebabkan kedua-dua watak tersebut berada dalam era 60-70an jika mahu melihat kedua-duanya kembali dalam filem MonsterVerse ini, filem tersebut mestilah dalam era yang kami sebutkan tadi melainkan mereka re-cast semula watak tersebut supaya sesuai dengan zaman filem yang bakal ditayangkan nanti.
Apapun Kong: Skull Island adalah intro kepada dunia MonsterVerse, untuk mengentahui dengan lebih dekat raksasa-raksasa yang wujud dalam dunia tersebut dan tujuan Monarch diwujudkan. Kong akan tetap bertemu Godzilla dan ia akan terus membesar sehinggalah kedua-dua bertemu. Sebelum itu,Ā kita nantikan raksasa terbaru yang akan ditentang oleh Godzilla dalam filemĀ Godzilla: King of the Monsters.Ā Agaknya M.U.T.O mana yang akan bertarung dengan Godzilla? King Ghidorah atau Rodan?