Berita

Porsche Jawab Saman Anak Paul Walker

Views

paul walker

Syarikat Porsche hari ini membalas saman anak mendiang Paul Walker, Meadow Walker dengan berkata kecuaian pemandu merupakan punca utama kematian Paul dan rakannya, Roger Rodas.

Menurut laporan The Daily Mail, syarikat kereta Jerman itu menyalahkan pemandu berkenaan kerana memandu dengan had kelajuan yang tinggi sehingga meragut nyawa pelakon Fast & Furious itu.

“Seperti yang kami katakan sebelum ini, kami sedih setiap kali ada yang tercedera dalam kenderaan Porsche, tetapi kami percaya dengan laporan pihak berkuasa dalam kes ini yang jelas menyatakan kemalangan tragis itu berpunca daripada kecuaian permandu yang memandu dengan laju,” kata seorang jurucakap Porsche.

Pada Selasa lalu, Meadow Walker telah memfailkan saman terhadap syarikat pengeluar kereta mewah, Porsche ke atas kematian bapanya pada November 2013.

Pelakon terkenal itu maut dalam kemalangan selepas kenderaan mewah milik rakannya, Roger Rodas terbabas sebelum terbakar di California, Amerika Syarikat.

Gambar kereta Porsche yang terlibat dengan kemalangan - nypost.com
Gambar kereta Porsche dinaikki Paul Walker yang terlibat dengan kemalangan - nypost.com

Meadow Walker mendakwa kereta yang dinaiki oleh Paul, Porsche Carrera GT, mempunyai beberapa kekurangan dari segi keselamatan.

Dalam tuntutan saman itu, Meadow berkata kelajuan bukan penyebab utama kematian bapanya, malah Paul dikatakan masih hidup selepas kemalangan itu.

Namun, disebabkan kegagalan membuka tali pinggang keselamatan, Paul terbunuh dalam kebakaran yang mula tercetus dalam seminit selepas kemalangan.

Dakwaan itu juga menyatakan bahawa tali pinggang keselamatan yang dipakai Paul menarik tubuhnya ke belakang sehingga tulang rusuk dan pinggulnya patah.

Saman itu juga mendakwa bahawa syarikat kereta tidak memasang "sistem kawalan kestabilan elektronik, yang direka khusus untuk melindungi masalah ‘swerving’ yang wujud dalam kenderaan hyper-sensitif sebegini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks