Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Polis Toronto Tangkap Thanos

Anggota polis Toronto, Kanada berjaya melakukan sesuatu yang gagal diselesaikan oleh superhero Avengers dan Guardians of the Galaxy, iaitu menangkap Thanos, musuh yang ditentang superhero Marvel dalam filem Avengers: Infinity War.

Sebenarnya telah tular dilaman sosial Twitter sekeping gambar seorang lelaki yang memakai kostum Thanos lengkap dengan Infinity Gauntlet ditahan dan digari oleh anggota polis disebuah tempat di Toronto, Kanada.

Orang ramai yang berada dikawasan berkenaan dilihat tertawa dengan situasi berkenaan sambil mengambil gambar penahanan Thanos itu oleh anggota polis.

Buat masa ini polis Toronto tidak mengeluarkan kenyataan sebab kenapa lelaki tersebut ditahan. Bagaimanapun, gambar penahan ‘Thanos’ itu dengan pantas menjadi ‘meme’ dilaman internet.

Avengers: Infinity War kini menjadi filem superhero paling laku setakat ini dengan kutipan sebanyak $1.6 billion. Diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini mengisahkan pemburuan supervillain Thanos yang ingin mengumpul kesemua batu infiniti dan superhero-superhero Marvel perlu menghalang penjahat tersebut dari mengumpulkan kesemua batu infiniti tersebut untuk mengelakkan kemusnahan alam semesta.

Related posts

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Leave a Comment