Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Polis Evo Cipta Sejarah Kutipan Tertinggi Filem Tempatan

polisevo-bts-10

Sehingga 8 Oktober 2015, filem Polis Evo yang dipersembahkan oleh Astro Shaw telah mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sekaligus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015 dan kedua terlaris di carta ‘all-time’ filem tempatan.

Selepas 3 minggu berada di pawagam sejak ia ditayangkan pada 17 September 2015 lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, dan itu telah mengubah trend tradisi filem-filem melayu yang ditayangkan sebelum ini.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo mengucapkan terima kasih kepada penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah memberikan sokongan luar biasa terhadap filem Polis Evo.

“Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka.”

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee