Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Polis Evo Berjaya Mengutip RM2.5 Juta Dan Viral Di Media Sosial

polisevo-bts-10

Filem ‘buddy cop’ tempatan lakonan dua pelakon tersohor negara, Shaheizy Sam dan Zizan Razak iaitu Polis Evo telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip RM2.5 juta sejak mula ditayangkan pada 17 September yang lalu.

Menurut syarikat produksi Astor Show dalam kenyataan mereka pada isnin yang lalu, selain daripada kutipan yang tinggi, filem Polis Evo berjaya mempengaruhi pelayar laman-laman sosial apabila jumlah penonton treler rasmi karya itu  di YouTube telah mencecah hampir 1 juta tontonan.


Malah lagu tema berjudul Evo juga mendapat tempat di kalangan peminat muzik apabila hampir 700,000 pelayar mendengar lagu berentak “up beat” itu dalam tempoh kurang satu bulan selepas ia di muat naik di laman YouTube. Selain itu juga, hampir 10ribu pengguna memperkatakan tentang filem tersebut dilaman sosial sebelum tayangannya.

Secara keseluruhan, Polis Evo berjaya mendapat lebih 34 juta pendedahan di media sosial selain menjadi trending di laman Twitter.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, filem berkenaan menjadi penanda aras baharu untuk filem tempatan apabila meraih kutipan luar biasa selepas empat hari ditayangkan. Malah gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak juga dilihat turut menyumbang kepada kejayaan kutipan filem berkenaan.

“keputusan menggandingkan mereka merupakan tindakan yang tepat kerana kedua-dua mereka saling menyokong dan mengimbangi watak antara satu sama lain membuatkan penonton tidak bosan dengan karakter yang sama,” katanya.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment