Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Polis Evo 3 Telah Mengutip RM50 Juta!, Kuasai Box Office Tempatan Tahun 2023


Filem aksi tempatan Polis Evo 3 telah berjaya mengatasi filem-filem blockbuster Hollywood untuk kuasai carta box office tempatan. 

Sehinggakini, filem arahan Syafiq Yusof itu telah mengutip RM50 juta, sekaligus berada di kedudukan pertama, mengatasi filem-filem Hollywood seperti Fast X, Ant-Man and The Wasp: Quantumania dan Transformers: Rise of the Beast. 

Dengan banyak filem-filem Hollywood yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi, tidak dapat dipastikan sama Polis Evo 3 mampu bertahan ataupun tidak. Apapun, sokongan penonton tempatan pasti menambahkan lagi jumlah kutipan filem aksi tersebut. 

Diarahkan oleh Syafiq Yusof,Polis Evo 3menyaksikan kepulangan Shaheizy Sam dan Zizan Razak yang meneruskan peranan mereka sebagai Inspektor Khai dan Inspektor Sani. Mereka berdua turut disertai pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Douglas Lim, Nora Danish dan Eyka Farhana.

“Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza,”menurut sinopsis.


“Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.”

Polis Evo 3 kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

REVIEW POLIS EVO 3


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee