Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Polis Evo 3 Bakal Memulakan Penggambarannya Oktober Ini

Filem ketiga francais Polis Evo, Polis Evo 3 dijangka bakal memulakan penggambarannya pada pertengahan bulan Oktober ini. Pekara tersebut didedahkan pelakon utamanya, Shaheizy Sam.

Bagi mendapatkan bentuk tubuh badan seperti filem terdahulu, pelakon yang membawakan watak Inspektor Khai itu kini sedang giat bersenam untuk menurunkan berat badan.

“Watak itu memang memerlukan saya mempunyai susuk tubuh sasa. Apabila berlakon, saya lebih mementingkan jalan cerita dan pengisian sesebuah produksi. 

“Berat saya meningkat mencecah 80 kilogram. Namun, hasil disiplin saya berjaya mendapatkan kembali berat badan 70 kilogram selepas menyertai satu cabaran selama 20 hari,” 

Sam juga turut mendedahkan bahawa dia mampu mencapai sasaran untuk dapat bentuk tubuh seperti didalam filem Polis Evo 1 & 2 sebelum masuk ke set penggambaran nanti.

Filem Polis Evo 3 bakal menyaksikan Sam kembali bergandingan dengan Zizan Razak yang memainkan peranan sebagai Inspektor Sani. Filem pertama arahan Ghaz Abu Bakar berjaya meraih RM17.8 juta sepanjang tempoh tayangannya pada 2015. Filem kedua berjudul Polis Evo 2 diterbitkan pada tahun lalu, dan berjaya mengutip RM20 juta

Sumber: BH Online / Cinema Online

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

Leave a Comment