Slot Tempatan

"POLIS EVO 3 Akan Lebih Ke Arah Komedi" - Shaheizy Sam

Views
Gambar: Astro Shaw

Filem pertama Polis Evo yang ditayangkan pada 2015, telah mencipta fenomena dikalangan kaki-kaki wayang tanah air. Adegan aksi yang mantap serta unsur-unsur komedi yang diterapkan pengarah Ghaz Abu Bakar menjadi salah satu faktor penyumbang populariti Polis Evo pada tahun itu.

Kejayaan filem pertama telah mendorong pihak produksi untuk menghasilkan sekuel Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018. Meskipun berjaya meraih kutipan lebih banyak dari filem pertama, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menerima kecaman teruk para peminat disebabkan sentimen keagamaan yang mencetuskan kontroversi.

Dengan pembikinan Polis Evo 3 yang kini sedang giat dijalankan, peminat pasti ingin mengentahui 'tone' filem akan datang, adakah akan kembali ke genre aksi komedi, atau mengikut acuan filem kedua yang lebih serius dan sarat dengan aksi.

Ketika ditemubual portal Cinema Online baru-baru ini, Shaheizy Sam telah kongsikan serba sedikit butiran lanjut mengenai filem terbarunya itu. Menurutnya, Polis Evo 3 akan lebih ke arah komedi tetapi masih mengekalkan aksi-aksi yang mendebarkan.

Untuk filem "Polis Evo 3" ini watak saya tidaklah seberat seperti filem kedua yang menuntut saya untuk buat badan, selain watak yang terlalu serius yang mana saya habiskan lebih setahun untuk buat persiapan untuk "Polis Evo 2" kerana isu yang ditampilkan berat. Bagaimanapun, untuk filem ketiga ini watak saya gembira kerana genre kali ini lebih ke arah komedi, tetapi masih mengekalkan unsur-unsur aksi mendebarkan.

Saya juga tidak mahu terlalu penat sepanjang penggambaran "Polis Evo 3" dan bersyukur kali ini tidak lagi banyak tekanan dihadapi, sebaliknya banyak bahagian yang memaparkan unsur kekeluargaan, aksi, serta hiburan yang masih kuat untuk menarik perhatian penonton.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi menurut Shaheizy Sam, peminat akan "melihat karakter sebenar Inspektor Khai yang mana kisah silamnya akan diceritakan dan ada kaitan dengan watak antgonis lakonan Sharnaaz Ahmad"

Polis Evo 3 akan diarahkan Syafiq Yusof dan turut dibintangi pelakons seperti Zizan Razak, Nora Danish, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fara Ali Khan dan ramai lagi. Setakat ini tarikh tayangan Polis Evo 3 masih lagi tidak diketahui.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks