BeritaSlot Tempatan

Polis Evo 2: Zizan Janji Sekuel Yang Lebih Menarik

Views
Shaheizy Sam Zizan Razak Polis Evo 2
Polis Evo

Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak mendedahkan filem sekuel Polis Evo 2 yang dibintangi olehnya bakal menjanjikan aksi yang lebih hebat dan menarik daripada filem pertamanya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak mendedahkan pekara demikian selepas mengalami kecederaan ketika penggambaran filem tersebut berlangsung gara-gara komitmen tinggi yang diberikannya.

“Terus-terang, saya memang kuat bekerja dan sangat fokus pada penggambaran filem ini. Namun, selepas pitam di lokasi, doktor dan pihak produksi membenarkan saya berehat sehari sebelum kembali ke lokasi untuk menyambung penggambaran filem itu. “Penggambaran bermula sejak sebulan lalu membabitkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan. Ia dijangka akan selesai pada Januari tahun hadapan,” – Zizan Razak

Menurut Zizan, filem sekuel ini menampilkan jalan cerita yang lebih mencabar termasuklah lebih banyak babak aksi dan pertarungan.

Tambahnya, pihak produksi juga sanggup menyewa kawasan kampung di tepi pantai dan membina perumahan khusus untuk penggambaran sahaja.

Dengan komitmen tinggi oleh pihak produksi dan para pelakon, Zizan berasa yakin Polis Evo 2 mampu sekali lagi menambat hati penonton.

BACA:  Kutipan Global Black Panther Cecah $704 Juta

Selain Zizan Razak, filem Polis Evo 2 bakal menyaksikan Shaheizy Sam yang akan kembali menghidupkan watak asal mereka iaitu sebagai Inspektor Polis, selain turut menampilkan pelakon lain seperti Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.

Terdahulu, filem “Polis Evo” yang ditayangkan pada tahun 2015 telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM17.47 juta.

Sumber: Cinema Online

Tinggalkan Balasan

shares