Polis Evo merupakan salah satu filem tempatan paling meletup pada tahun 2015 apabila berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak RM18 juta selain mengondol beberapa anugerah berprestij tanah air termasuklah di Festival Filem Malaysia.
Kejayaan besar filem ini telah mendorong pihak produksi Astro Shaw untuk menghasilkan sekuel kedua filem aksi tempatan ini bagi meneruskan kejayaan yang dikecapi dalam filem terdahulu.
Baru-baru ini, sebuah laman hiburan salah seorang pelakon utama filemĀ Polis Evo,Ā Shaheizy Sam telah memuatnaik satu poster dimana mereka sedang mencari pelakon-pelakon tambahan berlakon dalam filem keduaĀ Polis Evo.
Menurut poster berkenaan, mereka akan menjalankan ujibakat sebagai pelakon tambahan pada 28 & 29 Januari 2017 bertempat di 4-1A, Jalan UP1/7, Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur dari jam 10 pagi sehingga 05 petang
Pencarian pelakon tambahan ini menandakan, proses pembikinan filem Polis Evo 2 sudah bermula dan kita bakal dapat melihat filem ini dalam tahun ini juga.
Polis Evo 2 dijangka masih mengekalkan dua watak utama filem ini iaitu Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam dan juga Zizan RazakĀ yang membawa watak inspektor Hassani. Zizan dilaporkan sedang berkerja keras dalam membentuk badan yang tegap demi wataknya dalam filem ini.
Dalam filem yang pertama, ia mengisahkan dua Inspektor dari negeri yang lain iaitu Inspektor Khai dan Hassani berkerjsama dalam memburu dan menumpaskan sendiket penyeludupdan dadah. Kita jangkakan filem kedua kali ini lebih menarik dan aksi berbanding filem sebelum ini.
Jadi, kepada yang berminat untuk menyertai ujibakat sebagai pelakon tambahan, anda boleh lihat details dibawah
Tarikh:Ā 28 & 29 Januari 2017 (Sabtu dan Ahad)
Masa:Ā 10.00am – 05.00pm
Tempat
4-1A, Jalan UP1/7,
Taman Ukay Perdana,
Ampang, Kuala Lumpur
No. Tel:Ā ZE +601123373533