Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Polis Evo 2: Erra Fazira Disenaraikan Dalam Barisan Pelakon

Pelakon dan Penyanyi Erra Fazira bakal kembali ke layar perak apabila bakal berlakon dalam filem sekuel Polis Evo 2. Beliau sangat teruja apabila bakal terlibat dalam projek terbaru itu dan dijangka akan memulakan sesi pengambarannya lepas Aidilfitri ini.

Bagaimanapun, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai watak yang bakal dijayakannya kelak.

Sebelum ini, Shaheizey Sam juga dilaporkan bakal kembali memegang watak Inspektor Khai dalam filem akan datang dan turut akan memulakan sesi pengambaran selepas Hari Raya nanti.

Filem polis bukanlah asing bagi pelakon terkenal itu kerana dia pernah membawakan watak Inspektor Shafikah dalam filem Gerak Khas The Movie yang diterbitkan pada tahun 2001. Mungkin Erra Fazira akan membawa watak sebagai anggota polis dalam filem Polis Evo 2 berdasarkan pengalamannya berlakon dalam filem arahan Datuk Yusof Haslam itu.

Babak lakonan Erra Fazira dalam Gerak Khas The Movie

Selain Erra Fazira, antara pelakon baru yang bakal membintangi filem ini Idris Khan dan Azad Jazmin selain daripada penampilan semula Zizan Razak sebagai Inspektor Sani.

Setakat ini tiada tarikh tayangan filem Polis Evo 2 diumumkan. Teruskan bersama kami untuk mengentahui info terbaru mengenai filem blockbuster tempatan ini.

 

Related posts

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee