Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

“Police University” Memulakan Episod Pertama Dengan Langkah Kanan

Drama terbaru KBS 2TV Police University memulakan episod pertamanya dengan langkah kanan.

Menurut Nielsen Korea (via Soompi), tayangan perdana Police University tealah merekodkan purata rating sebanyak 5.2 peratus, menduduki tangga pertama drama malam Isnin.

Police University adalah mengenai siasatan huru-hara yang berlaku ketika seorang profesor di universiti polis elit bekerjasama dengan pelajarnya, salah satunya adalah bekas penggodam yang genius. Anggota kumpulan B1A4 Jinyoung dan f(x), Krystal memainkan peranan sebagai pelajar Kang Sun Ho dan Oh Kang Hee, sementara Cha Tae Hyun membintangi drama ini sebagai detektif yang bersemangat dan profesor Yoo Dong Man

Drama SBS Racket Boys mengakhiri siarannya dengan mencatatkan purata rating 4.6 peratus untuk episod terakhirnya. Bagaimanapun, rating episod kali ini sedikit menurun berbanding episod sebelumnya yang merekodkan purata rating 5.6 peratus.

Akhir sekali, drama tvN You Are My Spring merekodkan purata rating 1.94 peratus, rating yang hampir sama dengan episod minggu lalu. Racket Boys dan You Are My Spring boleh distrim di Netflix.

Related posts

Rating “High Class” Jatuh Ke Tahap Terendah

Zulaikha

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

Episod Terbaru “Hometown Cha-Cha-Cha” Catat Penurunan

Zulaikha

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment