BeritaOfficial Trailer

Pokémon & Netflix Terbitkan Filem Terbaru 'POKÉMON: MEWTWO STRIKES BACK—EVOLUTION’

Pokémon: Mewtwo Strikes Back—Evolution akan bersiaran di Netflix pada Pokémon Day

Views

Netflix dan The Pokémon Company International telah mengumumkan filem animasi terbaru dari francais Pokémon berjudul Pokémon: Mewtwo Strikes Back—Evolution, yang diilhamkan oleh salah satu cerita yang paling popular dalam francais yang telah berjalan lama itu.

"Kejayaan di mana-mana dan pasukan pakar di Netflix menjadikan mereka rakan kongsi yang sempurna untuk membawa filem animasi khas ini kepada anak-anak dan peminat di seluruh dunia," ujar Emily Arons, Naib Presiden Kanan Perniagaan Antarabangsa The Pokémon Company International.

"Netflix adalah platform yang ideal untuk membantu kami melancarkan pelancaran filem animasi Pokémon secara serentak pada Pokémon Day, satu momen khas yang diperuntukkan bagi meraikan komuniti peminat Pokémon di seluruh dunia."

Berikut adalah sinopsis rasmi Pokémon: Mewtwo Strikes Back—Evolution.

When researchers discover and exploit a fossil of the Mythical Pokémon Mew, they unleash a creation that goes against the very laws of nature: Mewtwo, a Legendary Pokémon intended for use as a tool of destruction. But as Mewtwo becomes aware of its own dubious origin, it begins to resent its human creators and seeks revenge—and Ash, Pikachu, and their friends find themselves at the center of its rampage! With the future of the Pokémon world at stake, will our heroes be able to overcome Mewtwo’s challenge…and will Mewtwo be able to find a new meaning for its life?

Pokémon: Mewtwo Strikes Back—Evolution akan bersiaran secara eksklusif di platform penstiman video Netflix pada Pokémon Day, iaitu pada 27 Februari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks