Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Plot Venom Mungkin Diadaptasikan Dari Komik Yang Diterbitkan Pada Tahun 1993?


Walaupun dalam filem Spiderman 3, karakter Venom lakonan Topher Grace merupakan karakter villain, dalam filem terbaru yang sedang dibangunkan oleh Sony nanti, Venom dilihat lebih kepada karakter Anti-Hero. Dalam perkembangan terbaru filem arahan Ruben Fleischer ini, dikhabarkan plot flem berkenaan akan diambil dari sebuah komik minisiri yang diterbitkan pada tahun 1993, berjudul Venom: Lethal Protector. 

Komik yang dikeluarkan sebanyak 6 isu itu menceritakan perubahan Eddie Brock aka Venom dari seorang villain kepada antihero.

Komik yang ditulis oleh David Michelinie, Mark Bagley dan Ron Lim ini merupakan siri solo pertama karakter anti-hero tersebut. Ia mengisahkan Venom dan Spider-Man yang bersetuju tidak akan bermusuhan sekiranya Venom meninggalkan kegiatan jenayahnya. Bersetuju dengan perjanjian diantara mereka, Venom telah berpindah dari New York ke San Francisco untuk memulakan kehidupan baru disana – namun dia telah diburu oleh bapa salah seorang mangsanya. Lelaki tersebut telah mengupah beberapa pembunuh upahan yang sangat berkuasa untuk membunuh Venom. Spider-Man telah membantu Venom untuk menewaskan pembunuh-pembunuh upahan terbabit yang terdiri daripada Symbiote juga iaitu Scream, Riot, Phage, Agony dan Lasher.

Dengan pelakon Michelle Williams dikhabar akan membawa watak She-Venom manakala Riz Ahmed juga dikatakan akan membawa watak Carnage, kemungkinan plot dari komik berkenaan akan digunapakai dimana sekumpulan penjahat akan memburu Venom. Malah lokasi penggambaran di San Francisco juga menjadi hint penggunaan siri komik berkenaan sebagai plot filem.

Jika plot filem berkenaan diadaptasikan dari siri komik terbabit, ia pasti akan kelihatan menarik kerana Venom akan berhadapan dengan sekumpulan penjahat yang sama kuat dengannya dan memiliki abiliti yang sama dengannya. Cuma, kita tidak akan melihat Spider-Man membantunya kerana buat masa ini, watak tersebut berada digenggaman Marvel.


Bagaimanapun, plot filem buat masa ini dianggap sebagai khabar angin. Kita nantikan perkembangan terbaru filem Venom yang akan memulakan pengambarannya pada penghujung Oktober ini. Venom dijangka akan menambah beberapa lagi pelakon untuk membawakan watak-watak tertentu dan kita akan dapat gambaran lebih jelas mengenai plot filem yang bakal ditunjukkan nanti. Antara pelakon yang disahkan akan membintangi filem ini adalah Tom Hardy, Jenny Slate, Riz Ahmed dan Michelle Williams.

Venom ditulis oleh Jeff Pinkner bersama-sama Scott Rosenberg dan akan ditayangkan pada 5 Oktober 2018.

Sumber:  Omega Underground


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee