Berita

Pintu Sudah Tertutup Buat Spider-Man Untuk Kembali Ke MCU

Views

Segala harapan, segala cita-cita, segala ‘ciken dinner’ peminat-peminat Marvel hancur musnah begitu sahaja selepas Ketua Pegawai Eksekutif Sony, Tony Vinciquerra mengesahkan bahawa pintu buat Spider-Man untuk kembali ke Marvel Cinematic Universe sudah tertutup.. buat masa ini.

“For the moment the door is closed,”

CEO Sony itu turut memberitahu, Spider-Man akan bergandingan dengan karakter-karakter lain dalam dunia sinematik Marvel yang dicipta oleh Sony.

“We had a great run with (Kevin Feige) on Spider-Man movies,” “We tried to see if there’s a way to work it out….the Marvel people are terrific people, we have great respect for them, but on the other hand we have some pretty terrific people of our own. Kevin didn’t do all the work… Spider-Man was fine before the event movies, did better with the event movies, and now that we have our own universe, he will play off the other characters as well. I think we’re pretty capable of doing what we have to do here.

Sony dan Disney sebelum ini berantakkan sehingga berlaku penceraian diantara kedua-dua studio terbabit. Kesannya, Spider-Man dilaporkan tidak akan muncul dalam dunia sinematik MCU dan membuatkan peminat kecewa dengan situasi yang berlaku.

BACA:  Lionsgate Umum Filem Kelima JOHN WICK

Semuanya gara-gara syarat yang dikemukakan pihak Disney yang mahu perkongsian modal pembikinan dan keuntungan sebanyak 50% sehingga memaksa Sony membatalkan perjanjian diantara mereka.

Tom Holland masih lagi mempunyai kontrak untuk memainkan peranan Spider-Man dalam dua filem akan datang, dan kedua-dua filem tersebut akan berada dalam dunia sinematik Marvel Sony.

Jadi kepada peminat-peminat MCU, adakah anda menangis? kongsikan perasaan anda.

Tinggalkan Balasan

shares