
Hulu telah melancarkan treler rasmi Hellraiser untuk gambaran semula dari filem seram klasik arahan Clive Barker tahun 1987. Jamie Clayton membintangi filem ini sebagai pelakon baharu Pinhead, dan dijadualkan tayangan pada 7 Oktober 2022.
Video ini menawarkan pratonton pertama kepada kita tentang kepulangan semula kotak teka-teki ikonik, yang digunakan oleh seorang lelaki kaya demi meraih keuntungan dengan memperdaya mangsa yang tidak curiga untuk menyelesaikan teka-teki itu sendiri. Ia juga menyerlahkan kepulangan Cenobite yang membawa maut kerana mereka terus menimbulkan huru-hara kepada mereka yang ingin membuka kunci ketakutan mereka.
Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:
Filem terbaru Hellraiser ini diarahkan oleh David Bruckner (The Ritual, The Nighthouse) dari lakon layar yang ditulis oleh Ben Collins dan Luke Piotrowski, berdasarkan olahan cerita oleh David S. Goyer.
Barisan pelakon terdiri daripada Odessa A’zion, Jamie Clayton, Adam Faison, Drew Starkey, Brandon Flynn, Aoife Hinds, Jason Liles, Yinka Olorunnife, Selina Lo, Zachary Hing, dan Kit Clarke, bersama Goran Visnjic dan Hiam Abbass.
“Dalam filem itu, seorang wanita muda yang bergelut dengan ketagihan memiliki kotak teka-teki kuno, tidak menyedari bahawa tujuannya adalah untuk memanggil Cenobites, sekumpulan makhluk ghaib sadis dari dimensi lain, ” menurut sinopsis.
Francais Hellraiser adalah berdasarkan novel seram karya Clive Barker bertajuk The Hellbound Heart. Dikeluarkan pada tahun 1987, filem pertama menceritakan kisah seorang isteri yang tidak setia yang cuba membantu kekasihnya yang mati dalam usaha melarikan diri dari neraka.
Pinhead ialah penjahat francais, yang mengetuai syaitan sadomasochist yang digelar Cenobites, dan dipanggil keluar melalui kotak teka-teki antik. Oleh kerana filem pertama miliki pengikutnya yang tersendiri, sebanyak sembila sekuel telah dihasilkan.
Filem yang akan datang bukanlah satu-satunya kandungan terbaru Hellraiser yang dihasilkan, HBO juga sedang membangunkan siri adaptasi Hellraiser, dengan Clive Barker terlibat sebagai penerbit eksekutif dan David Gordon Green ditetapkan untuk mengarahkan beberapa episod.