Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pierce Brosnan Sertai “Black Adam” Sebagai Doctor Fate

Ketika filem ini bersiap untuk memulakan penggambaran pada bulan hadapan, filem terbaru DC Extended Universe yang diketuai oleh Dwayne Johnson, “Black Adam” telah mengumumkan penyertaan Pierce Brosnan (The Foreigner) sebagai salah seorang anggota Justice Society of America, yang juga merupakan superhero ikonik, iaitu Doctor Fate, lapor The Hollywood Reporter.

Brosnan akan menyertai ahli Justice Society of America yang lain iaitu Noah Centineo (To All The Boys I’ve Loved Before) sebagai Atom Smasher, Quintessa Swindell (Trinkets) sebagai Cyclone dan Aldis Hodge (One Night in Miami) sebagai Hawkman. “Black Adam” turut dibintangi Sarah Shahi (City on a Hill) dan Marwan Kenzari (Aladdin). Buat masa ini watak Shahi dan Kenzari masih belum diketahui. 

Berdasarkan karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, “Black Adam” diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson memainkan peranan utama sebagai anti-hero Black Adam. Ini merupakan kolaborasi kedua Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum ini telah bekerjasama dalam filem terbitan Disney berjudul “Jungle Cruise”

Filem ini akan diterbitkan Johnson sendiri bersama Beau Flynn, Dany Garcia dan Scott Sheldon. “Black Adam” sepatutnya ditayangkan pada 22 Disember 2021, tetapi ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Penggambaran dijadualkan bermula pada bulan hadapan dan bertempat di Atlanta. 

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment