Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Phil Lord & Chris Miller Sedang Bangunkan Rancangan Televisyen Berdasarkan Karakter Marvel Spider-Man


Spider-Man kini merupakan sebahagian dari Marvel Cinematic Universe, tetapi Sony Pictures masih memiliki sejumlah besar karakter-karakter Marvel, dan beberapa karakter tersebut telahpun dimasukkan dalam dunia Marvel mereka sendiri tanpa terikat dengan MCU (sebagai contoh Venom dan Morbius, the Living Vampire)

Terbaru, berkemungkinan besar terdapat beberapa lagi karakter adiwira dan ‘villain’ dari dunia Spider-Man akan diangkat menjadi rancangan televisyen.

Ketika ditemubual Deadline baru-baru ini, penerbit dan penulis filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse, Phil Lord dan Chris Miller mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan rancangan televisyen ‘live action’ dengan menggunakan karakter Marvel yang dimiliki Sony, yang mana kesemuanya sejumlah hampir 900 karakter.

“We’re figuring out a way to develop the shows so that each are their own unique experience but are also related,”

“We’ve been talking to a lot of potential teammates for trying to do something not like anything else that’s been done on television, It’ll be a little while before it all comes together and is on the air, but I think it is going to be something really special.”


Setakat ini tidak diketahui bagaimana perancangan siri terbaru tersebut akan berjalan, tetapi peminat mungkin dapat menyaksikan versi alternatif ‘Spider-Man’ serta karakter-karakter adiwira dan penjahat yang masih belum lagi diangkat dalam mana-mana layar kecil dan layar perak.

Apapun, kita nantikan perkembangan projek terbaru Phil Lord dan Chris Miller bersama Sony ini dimasa hadapan.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee