Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

PG-13, Rating Rasmi Filem Black Panther

Filem Marvel yang bakal meletup pada bulan Februari ini, Black Panther secara rasmi diklasifikasikan sebagai PG-13 oleh The Motion Picture Association of America (MPAA) iaitu lembaga penapisan US.

Antara sebab ia diklasifikasikan sebagai PG-13 adalah terdapat babak aksi yang ‘ganas’ dan menampilkan perwatakan kasar yang tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak.

Klasifikasi PG-13 yang diberikan kepada filem-filem Marvel tidaklah begitu mengejutkan kerana hampir kesemua filem keluaran Marvel Studio diklasifikasikan sebagai PG-13 oleh MPAA. Setakat ini hanyak Deadpool dan Logan sahaja filem berdasarkan komik Marvel yang diklasfikasikan sebagai R-Rated atau 18 tahun keatas sahaja.

Black Panther diarahkan oleh Ryan Coogler dan diterbitkan oleh  Kevin Feige bersama-sama Louis D’Esposito, Victoria Alonso, Nate Moore, Jeffrey Chernov manakala Stan Lee bertindak selaku penerbit eksekutif.

Selain Chadwick Boseman yang akan membawa watak T’Challa aka Black Panther, filem ini turut dibintangi oleh Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker serta Andy Serkis.

Black Panther akan menemui penonton pada 15 Februari 2018

Related posts

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee