Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

PFM Berharap Kerajaan Beri Kebebasan Berkarya Kepada Pembikin Filem

Dato’ Norman Abdul Halim berharap kerajaan baru dapat memberi kebebasan kepada pembikin filem untuk berkarya, terutama dalam konteks kebebasan, kreativiti dan kritikan sosial.

Malah Presiden Persatuan Penerbit Filem (PFM) itu juga turut mencadangkan agar sistem baru diperkenal bagi menggantikan sistem tapisan filem yang diguna pakai ketika ini. Sistem yang dimaksudkan beliau ada sistem rating sepertimana digunakan oleh negara luar termasuk Amerika Syarikat.

“Sistem rating sudah lama diguna pakai di luar negara termasuk Amerika Syarikat (AS) yang membolehkan produksi bebas berkarya mengikut sasaran kelompok tertentu.

“Sebenarnya, apa yang persatuan mahukan adalah peralihan daripada aplikasi tapisan kepada sistem rating. Saya tidak rasa kebebasan diberi akan disalah guna pengkarya kita,” 

Menurut Norman, pembikin filem ketika ini terpaksa berdepan dengan pelbagai kekangan dan ini akan mengehadkan idea kreativiti pembikin filem apabila perlu memikirkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat mengikut garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Dalam pada itu, Norman turut menyuarakan pandangan agar syarikat yang menyalurkan dana untuk filem atau drama diberikan insentif pelaburan, bukannya geran atau pinjaman.

Jelasnya, insentif berupa potongan cukai untuk pelaburan mampu menggalakkan lebih banyak filem dihasilkan sekaligus dapat merancakkan industri seni tanah air.

Jika perkara ini dapat dilaksanakan ia akan menjamin lebih banyak filem-filem berkualiti dapat dihasilkan tanpa perlu menunggu pemberian dana seperti ketika ini.

Sumber: Cinema Online / BHarian

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment