Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Peyton Reed Kembali Arahkan Filem Ant-Man 3

Filem ketiga Ant-Man bakal dihasilkan dengan pengarah Peyton Reed kembali menduduki kerusi pengarahan. Reed yang sebelum mengarahkan Ant-Man (2015) dan Ant-Man and the Wasp telahpun menandatangani perjanjian untuk menerajui pembikinan filem ketiga.

Paul Rudd dan  Evangeline Lilly seperti biasa, dijangka akan kembali membawa watak-watak masing sebagai Scott Lang / Ant-Man dan Hope Pym / The Wasp.

Setakat ini, plot filem masih tidak didedahkan. Tarikh tayangan juga tidak diketahui, tetapi menurut sumber yang mendedahkan kepada laman The Hollywood Reporterberkemungkinan Ant-Man 3 akan ditayangkan pada 2022.

Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, Ant-Man telah memainkan peranan yang penting dalam memulihkan kembali kemusnahan yang dilakukan oleh Thanos. Filem itu juga turut memperkenalkan watak remaja Cassie Lang yang dilakonkan oleh Emma Fuhrmann.

Jika MCU merancang untuk memperkenalkan Young Avengers, berkemungkinan besar Fuhrmann akan kembali memainkan peranannya sebagai Cassie, dan Ant-Man 3 akan menjadi pengenalan untuk watak baru iaitu Stature.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee