
Petisyen atas talian yang mendesak Warner Bros. untuk memecat Amber Heard dalam filem sekuel Aquaman 2 telah mengumpul lebih 1.6 juta tandatangan, dan menghampiri ke angka 2 juta.
Menurut laporan dari Indiewire, jumlah tandatangan meningkat pada hujung minggu lalu setelah Warner Bros. mengumumkan Mads Mikkelsen akan menggantikan Johnny Depp sebagai Grindelwald dalam filem Fantastic Beasts 2,
Pada 6 November yang lalu, Depp mengumumkan bahawa dia berundur dari francais Fantastic Beasts selepas diminta oleh Warner Bros. susulan kepada kekalahannya dalam kes saman terhadap media The Sun.
Petisyen untuk mengeluarkan Heard dari Aquaman 2 dibuat atas dakwaan aktres tersebut “pernah dan terbukti mendera Depp”, dan dengan itu pihak studio harus meminta Heard keluar dari Aquaman 2, sepertimana mereka lakukan terhadap Depp dan Fantastice Beasts.
Heard bagaimanapun menolak petisyen tersebut dengan mengatakan “kempen media sosial tidak akan menganggu keputusan untuk memilih pelakon”, dan turut menyatakan keterujaannya untuk kembali dalam Aquaman 2 akan datang.
Walaupun telah memberi lampu hijau kepada projek Aquaman 2, Warner Bros. masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi, begitu juga dengan tarikh tayangan dari tarikh produksi.
Filem pertama Aquaman yang ditayangkan pada 2018 merupakan satu-satunya filem dalam DC Extended Universe yang berjaya melepasi kutipan $1 billion dolar.
Sekuel yang dirancang oleh Warner Bros. telah menaikkan keterujaan peminat, namun drama diantara Depp dan Heard telah menumbulkan spekulasi negatif yang mungkin akan memberi kesan kepada filem tersebut.
