Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Peter Stormare ‘Tease’ Sekuel Constantine

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Keanu Reeves kembali memperoleh statusnya sebagai bintang Hollywod bertaraf A. Kebangkitannya bermula dengan francais John Wick, dan terdapat khabar angin yang melibatkannya dengan filem-filem bertema superhero.

Sudah tentu, Reeves pernah memainkan watak utama dalam filem DC Constantine yang ditayangkan pada 2005, dan sejak akhir-akhir ini kedengaran khabar angin mengenai sekuelnya. Reeves pernah menyatakan hasrat untuk kembali meneruskan watak John Constantine, tetapi Warner Bros. masih berdiam diri mengenai perancangan sekuel. 

Sebenarnya, Warner Bros. mempunyai rancangan lain untuk watak tersebut, dan dikhabarkan ia akan menjadi sebahagian dari siri Justice League Dark yang akan diuruskan J.J. Abrams. Namun, perkembangan terbaru ini mungkin membuatkan peminat kembali teruja. 

Peter Stormare, yang memainkan watak Lucifer dalam filem Constantine, telah kongsikan gambar berserta kapsyen “sekuel kini dalam pembangunan”. Berita yang sudah tentunya sangat menarik, tetapi tidak banyak butiran yang kita ketahui.

Awal tahun ini, penerbit Akiva Goldsman telah mendedahkan perancangan sekuel Constantine dan mereka yang terlibat dalam filem asal dijangka kembali. Ini bermakna, Reeves dan pengarah Francis Lawrence mungkin kembali dalam projek akan datang. 

Perkembangan yang menarik, tetapi sangat sedikit infonya. Diharapkan pihak studio mendedahkan butiran lanjut dalam masa terdekat ini.

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee