Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Pet Sematary Filem Adaptasi Novel Stephen King Paling Seram Pernah Dihasilkan” – Penulis Skrip

Penulis filem remake Pet Sematary, Jeff Buhler mendedahkan bahawa filem terbaru terbitan studio Paramount itu akan menjadi filem adaptasi novel Stephen King paling seram pernah dihasilkan. Beliau berkata demikian selepas ditemubual oleh laman web journalis Dread Central baru-baru ini.

Menurutnya lagi, selain menekankan elemen seram dalam filem tersebut, mereka juga menitikberatkan soal karakter dalam filem tersebut.

“I think we’re on track to make it one of the scariest Stephen King adaptations ever! That’s our goal, anyway.”

Jeff Buhler merupakan penulis untuk filem thriller/slasher Midnight Meat Train dan juga pengarah Insanitarium. Malah beliau juga terlibat dalam projek filem seram akan datang seperti The Grudge dan Black River.

Pet Sematary adalah remake dari filem asal berjudul sama yang dihasilkan pada tahun 1989. Stephen King pernah mengakui bahawa Pet Sematary adalah satu-satunya novel beliau yang benar-benar menakutkannya.

Filem ini mengisahkan tentang keluarga Louise Creed yang berpindah ke kawasan pedalaman. Disana terdapat sebuah kawasan perkuburan haiwan yang dikenali sebagai “Pet Sematary” yang terletak berdekatan dengan rumah mereka. Suatu hari, kucing belaan mereka telah mati dilanggar trak dan mereka telah menanam haiwan belaan mereka itu di kawasan tersebut. Namun, kucing mereka kembali hidup dan pekara menakutkan mula berlaku pada mereka.

Diarahkan oleh Kevin Kolsch serta Dennis Widmyer, Pet Sematary dibintangi oleh Jason Clarke yang akan membawakan watak Louis Creed serta John Lithgow sebagai Jud Crandall

Pet Sematary akan memulakan penggambarannya Jun ini dan dijangka akan menemui penonton pada 19 April 2019

Related posts

Warner Bros. Rancang Filem “Harry Potter and the Cursed Child”?

Kakimuvee

Filem Terbaru “Star Trek” Akan Ditulis Kalinda Vazquez

Kakimuvee

Manga “Hellsing” Diangkat Ke Filem Dari Pencipta John Wick & Amazon Studios

Kakimuvee

Pandangan Pertama Jane Foster & Valkyrie Di Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”

Kakimuvee

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee