Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

PESTA FILEM KITA 2020 – “Festival Filem Secara Hibrid Untuk Anak Muda”


SIARAN MEDIA

Pesta Filem KITA merupakan sebuah acara meraikan sinema, pembikin filem dan anak muda. Bermula pada tahun 2016, Pesta Filem KITA yang diasaskan oleh Projek Dialog dan pembikin filem Muzzamer Rahman bertujuan untuk membangunkan pembikin filem muda sambil merapatkan jurang perbezaan antara kaum, agama, etnik dan juga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Fokus utama dalam Pesta Filem KITA adalah memberi geran pembikinan filem pendek kepada pembikin yang memohon. Sejak dilancarkan, kami menerima lebih daripada 150-200 permohonan daripada individu-individu di serata Malaysia setiap tahun.

Pada tahun 2016 kami memberikan 5 geran sebanyak RM5,000 untuk pembikin Semenanjung dan RM7,000 kepada pembikin Sabah/Sarawak. Pada tahun 2019 pula kami memberikan jumlah yang sama tetapi kepada 7 pembikin. Kami juga berbangga apabila beberap filem yang diberikan geran telah berjaya merangkul anugerah di beberapa festival filem. Antaranya adalah Ninavau oleh Bebbra Mailin dan 160 Juta oleh Ashrafiqal Aleef.

Untuk Pesta Filem KITA 2020 pula, kami telah meningkatkan jumlah geran iaitu RM10,000 kepada pembikin Semenanjung dan RM13,000 kepada pembikin Sabah/Sarawak. Terdapat 7 pembikin filem dengan cerita yang unik dan menarik telah menerima geran ini dah telah pun menyiapkan filem mereka.

Filem-filem ini akan ditayangkan buat kali pertama di acara kemuncak Pesta  Filem KITA yang akan dijalankan secara hibrid pada 8-12 September.


Selain tayangan perdana filem geran PFK ini, kami juga akan memulakan festival kami pada 8 September dengan beberapa program seperti Sembang Selebiriti di mana kami menjemput karyawan terkenal untuk bersoal-jawab secara online dengan penerima geran pada tahun-tahun lalu. Kami juga akan menganjurkan bengkel online ‘Vlog Ulas Filem’ bersama vlogger Zhafvlog dan juga bengkel dokumentari.

Pada 8-11 September juga kami akan menayangkan filem-filem PFK pada tahun-tahun lalu secara ekslusif. Kemuncak Pesta Filem KITA 2020 akan berjalan secara fizikal di Ruang, Jalan Kasturi KL pada 12 September. Acara dimulakan dengan masterclass bersama pembikin filem tersohor, U-Wei Bin Hajisaari. Diikuti dengan forum tentang Penapisan Filem dan kemudian tentang Sinema Pasca Pandemik bersama panel yang berpengalaman.

Acara ditutup dengan Tayangan Perdana 7 filem pendek penerima geran. Acara ini akan dijalankan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Pesta Filem KITA terbuka kepada semua dan merupakan sebuah acara anjuran Projek Dialog dengan kerjasama MARI, USAID dan US Embassy.

Maklumat lanjut rujuk :
Laman Web : https://projekdialog.com/pfk/
Page Facebook : Pesta Filem Kita
IG : Projek Dialog


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee