Slot Tempatan

PESTA FILEM JEPUN 2020 Kembali Oktober Ini

Views

Acara tahunan Pesta Filem Jepun (JFF) kini kembali pada bulan Oktober dan sedia untuk memeriahkan beberapa pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih di seluruh negara! JFF 2020 ialah pesta filem pertama yang akan dilancarkan di GSC sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada bulan Mac lalu.

Rentetan Acara Pra-pesta yang berjaya dianjurkan pada September lalu dengan tiga tayangan di GSC NU Sentral, sebuah laman khas pada laman web rasmi JFF 2020 akan disiarkan pada awal Oktober. Laman ini akan memperkenalkan hasil karya penggiat filem Jepun yang menghasilkan filem mereka secara berasingan semasa tempoh berkurung, serta video wawancara bersama YUKISADA Isao, pengarah filem pendek “Pigeon” (2016) yang menjalani penggambaran di Pulau Pinang sebagai sebahagian antologi daripada sebuah filem genre omnibus "Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections".

Tumpuan pada musim filem-filem Jepun hebat ini sudah tentunya jelajah Pesta yang merentasi pawagam-pawagam GSC terpilih yang akan menayangkan 10 judul, merangkumi pelbagai genre – drama, komedi, aksi dan animasi - yang menampilkan warna-warna Jepun melalui pawagam. Salah satu daripadanya ialah filem “One Summer Story” yang akan membuat tayangan perdananya di Malaysia sebelum tayangan di Jepun (dijangka pada 2021).

Melalui JFF 2020, GSC dan JFKL menggalakkan pengunjung agar datang berhibur di pawagam lagi dan menikmati filem-filem di layar perak sambil mengadaptasi norma baharu. Selain itu, pengunjung juga akan mendapat hadiah istimewa dengan memungut setem setiap kali mereka menonton filem di JFF.

Sesudah tamat jelajah di Malaysia Timur, musim ini akan diteruskan dengan “JFF Plus: Online Festival” yang akan dianjurkan secara atas talian pada akhir November nanti.

Senarai lengkap sinopsis filem (KLIK SINI), masa tayangan dan maklumat am yang boleh anda dapati di jfkl.org.my/events/jff-2020 dan gsc.com.my.

TAYANGAN (terbuka kepada awam dengan pembelian tiket)

Lembah Klang (15 – 21 Oktober)

  • GSC Mid Valley, GSC 1 Utama &
  • GSC NU Sentral

Pulau Pinang (22 – 25 Oktober)

  • GSC Gurney Plaza

Johor Bahru (29 Oktober – 1 November)

  • GSC Paradigm Mall JB

Kuching & Kota Kinabalu (12 – 15 November)

  • GSC CityONE Megamall
  • GSC Suria Sabah

TIKET

Tiket for JFF 2020 akan dijual pada harga RM 9.50 sekeping. Tiket bagi tayangan boleh dibeli mulai 8 Oktober 2020 selanjutnya melalui GSC Box Office, Kios Tiket GSC, e-Bayar GSC di gsc.com.my atau aplikasi mudah alih GSC.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks