
Peserta Single’s Inferno Free Zia (nama sebenar Song Ji Ah) telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap komen yang berniat jahat, lapor portal Allkpop.
Sebelum ini, Free Zia telah menerima kritikan selepas netizen mengentahui dia kerap memakai barangan jenama mewah palsu semasa kemunculannya di program realiti janji temu Netflix Single’s Inferno.
Walaupun telah memohon maaf, kontroversinya berterusan apabila timbul spekulasi bahawa agensinya telah membelikan sebuah rumah mewah untuk mencipta imej “golden spoon” (dilahirkan dengan keistimewaan dan kekayaan) kepadanya. Selain itu juga, ramai mengesyaki Free Zia mempunyai penaja rahsia di luar negara.
Agensi Free Zia telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan khabar angin yang tersebar.
“Khabar angin yang menyatakan bahawa agensi mendapatkan rumah Free Zia demi imej ‘golden spoon’nya adalah tidak benar. Kami tidak menyumbang satu Won pun. Selain daripada kategori biasa pengurusan, seperti menyokong impiannya, menggalakkannya dan mencipta kandungan bersama-sama, kami tidak memberinya sebarang sokongan ekonomi.”
“Selepas memasuki universiti, Jia secara konsisten bekerja sebagai model dan menjimatkan wang, dan dia juga menyimpan wang daripada aktivitinya sebagai pencipta kandungan bersama kami, [yang dia gunakan] untuk menandatangani kontrak untuk rumah sewa bulanannya.”
Sebagai membalas spekulasi bahawa Free Zia mempunyai penaja luar negara, agensi itu turut menyatakan, “Hyowon CNC ialah syarikat yang saya dan pelakon Kang Ye Won mulakan dengan modal kecil. Ia adalah syarikat di mana semua pekerja, selama empat tahun sejak pelancarannya, berkeringat siang dan malam bersama-sama untuk membinanya. Kami tidak pernah menerima pelaburan daripada pelaburan M&A atau mana-mana bentuk pelabur lain.”
Sehubungan dari spekulasi, agensi Free Zia mengancam untuk mengambil tindakan undang-undag terhadap komen berniat jahat, fitnah dan khabar angin palsu.