Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pesaing Disney Bersedia Untuk Membuat Tawaran Kepada James Gunn


The Hollywood Reporter mendedahkan pemecatan pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn telah membuatkan banyak pesaing Disney berminat untuk mengambil pembikin filem tersebut bekerja untuk mereka.

Walaupun tiada eksekutif yang menyatakan pendirian mereka secara terbuka, THR melaporkan kebanyakkan mereka adalah ‘pemain utama’ dalam industri perfileman Hollywood termasuklah pesaing Marvel iaitu Warner Bros. dan juga penerbit yang tidak dinamakan.

Buat masa ini, tawaran rasmi tidak akan dibuat kepada pengarah tersebut sehinggalah beliau secara rasmi meninggalkan Disney. Sumber mengatakan, James Gunn bakal menerima pampasan diantara $7 sehingga $10 juta dolar kerana pengarah tersebut masih dalam kontrak dengan pihak studio

Selain itu juga, terdapat sumber mengatakan bahawa pihak studio akan menggunakan skrip yang ditulis oleh James Gunn sekiranya pengarah tersebut secara rasminya meninggalkan Disney.

Kepada anda semua, sekiranya James Gunn meninggalkan Disney secara rasmi, agaknya studio mana akan menjadi yang pertama membuat tawaran kepada pembikin filem Guardians of the Galaxy itu?



Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee