Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Perubahan Boleh Jadi Menakutkan Dalam Trailer “Hotel Transylvania: Transformania”

Sony Pictures telah melancarkan trailer terbaru Hotel Transylvania: Transformania, lakonan Andy Samberg dan Selena Gomez. Anda boleh tonton trailer tersebut di pemain video dibawah. 

Filem terbaru ini tidak akan menampilkan Adam Sandler sebagai pelakon utama dan suara Dracula, setelah menyuarakan watak itu dalam tiga filem pertama. Watak Dracula kini disuarakan oleh Brian Hull, yang pertama kali mengambil alih perana itu dalam filem pendek Monster Pets yang baru dilancarkan. Walaupun tidak menampilkan Sandler, pelakon utama francais Selena Gomez, yang membawa suara Mavis dalam setiap filem, tetap kembali untuk filem keempat dan turut berfungsi sebagai penerbit eksekutif.

Turut menyumbangkan suara adalah Andy Samberg, David Spade, Molly Shannon, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Asher Blinkoff, Fran Drescher, Kathryn Hahn, dan Jim Gaffigan bersama Brad Abrell.

Hotel Transylvania: Transformania diarahkan oleh Jennifer Klushka dan Derek Drymon, berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Amos Vernon, Nunzio Randazzo, dan pencipta francais Genndy Tartakovsky, yang sebelum ini mengetuai pembikinan tiga filem pertama. Penerbit eksekutif adalah Tartakovsky dan Michelle Murdocca dengan Alice Dewey Goldston berfungsi sebagai penerbit. 

Hotel Transylvania: Transformania akan tiba di pawagam 1 Oktober ini.

SINOPSIS:

Ketika ciptaan misteri Van Helsing, “Monsterfication Ray”, menjadi rosak, Drac dan rakan-rakan monsternya semua berubah menjadi manusia, dan Johnny menjadi raksasa! Dalam tubuh baru mereka yang tidak sesuai, Drac, yang dilucutkan dari kekuasaannya, dan Johnny yang riang, mencintai kehidupan sebagai raksasa, mesti bekerjasama dan mengembara ke seluruh dunia untuk mencari penawar sebelum terlambat, dan sebelum mereka saling menggila. Dengan bantuan Mavis dan rakan-rakan Drac yang melucukan, usaha mencari penawar semakin hangat sebelum perubahan mereka menjadi kekal.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment