Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pertemuan Joss Whedon & Marvel Studios Cetus Spekulasi Mengenai Reboot FANTASTIC FOUR

Marvel Studios masih belum memberi sebarang petunjuk kepada peminat tentang perancangan reboot Fantastic Four, tetapi khabar angin terbaru mungkin menunjukkan bahawa Kevin Feige dan pasukannya telah memulakan langkah untuk menghidupkan kembali ‘Keluarga Pertama’ Marvel itu.

Menurut laporan dari Comicbookmovie.com (via YouTube John Campea), bekas pengarah Avengers: Age of Ultron, Joss Whedon dilaporkan telah bertemu dengan Marvel Studios untuk membawa masuk Fantastic Four ke dalam MCU. Tiada butiran lanjut mengenai pertemuan tersebut.


Laporan turut menyebut, pertemuan itu mungkin sekadar perbualan santai atau sesi percambahan fikiran, tetapi ada juga kemungkinan Whedon disenaraikan dalam projek yang masih belum didedahkan.

Sementara itu, khabar angin lain turut mendakwa bahawa John Krasinski juga telah bertemu dengan Marvel mengenai projek misteri. Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai tawaran watak Reen Richards kepada pelakon dan pengarah itu. Kransinski sebelum ini pernah menyatakan minat untuk berlakon dalam MCU dan memainkan peranan sebagai Reen Richards, satu satu ahli keluarga Fantastic Four.

Fantastic Four merupakan antara projek yang sedang dirancang Marvel Studios. Semasa konvensyen San Diego Comic-Con tahun lalu, Fiege telah memberi hint mengenai perancangan Fantastic Four, tetapi tidak banyak butiran diperolehi selepas itu.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment