Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Pertembungan Sonic & Knuckles Dalam TV Spot “Sonic the Hedgehog 2”

Paramount Pictures telah melancarkan TV spot untuk filem aksi penggembaraan komedi terbaru Sonic the Hedgehog 2, yang menampilkan kepulangan Ben Schwartz sebagai suara watak utama Sonic. Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 28 April 2022. 

TV spot tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, menawarkan beberapa rakaman penuh aksi baharu yang menonjolkan pertarungan yang akan berlaku antara Sonic dan Knuckles – yang disuarakan oleh Idris Elba (The Suicide Squad). 


Sonic the Hedgehog 2 akan menyaksikan kepulangan sebilangan besar pelakon utama filem asal termasuklah Ben Schwartz (Parks and Recreation) sebagai suara Sonic, James Marsden (Westworld) sebagai Tom Wachowski, Tika Sumpter (Ride Along) sebagai Maddie Wachowski dan Jim Carrey (Kidding) sebagai saingan Sonic, Doctor Robotnik/Eggman bersama Adam Pally (The Mindy Project) dan Natasha Rothwell (Wonder Woman 1984).

Turut disahkan menyertai barisan pelakon filem akan datang adalah watak kegemaran peminat permainan video, Miles “Tails” Prower dan Knuckles the Echidna (disuarakan oleh Idris Elba). 

Penulis Pat Casey dan Josh Miller, dengan Neal H. Mortiz, Toby Ascher, dan Toru Nakahara semuanya kembali sebagai penerbit manakala Hajime Satomi, Haruki Satomi, dan Tim Miller kembali sebagai penerbit eksekutif. Sekuel ini akan tiba di pawagam pada 8 April 2022.

Related posts

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee

Kutipan Terkumpul “Doctor Strange 2” Kini Melebihi AS$800 Juta

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore” Di HBO Max

Kakimuvee

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Kakimuvee

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Leave a Comment