Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Pertembungan Ryan Gosling & Chris Evans Dalam Trailer Penuh Aksi “The Gray Man”

Netflix telah melancarkan trailer rasmi The Gray Man, sebuah filem aksi-ngeri yang dihasilkan pengarah Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame, Russo Brothers. 

Rakaman dari trailer pertama memaparkan pertembungan diantara bintang Blade Runner 2049, Ryan Gosling dan alumni Marvel Cinematic Universe, Chris Evans. 


Filem akan datang, yang merupakan adaptasi dari novel karya Mark Greaney tahun 2009 dengan nama yang sama, mengikuti Court Gentry, a.k.a. Sierra Six (Gosling), seorang ejen yang berkemahiran tinggi, yang tiba-tiba mendapati dirinya diburu di seluruh dunia oleh bekas rakan sekerja Lloyd Hansen (Chris Evans), yang tidak akan berhenti untuk menghentikannya.

Selain Gosling dan Evans, The Gray Man menampilkan calon Golden Globe Ana de Armas (Knivess Out, No Time to Die, Jessica Henwick (The Matrix ResurrectionsIron Fist), Wagner Moura (NarcosSergio), Julia Butters (Once Upon a Time in HollywoodAmerican Housewife), Dhanush (RaanjhanaaVada Chennai), Regé-Jean Page (BridgertonDungeons & Dragons), Alfre Woodard (Luke CageCaptain America: Civil War), dan Billy Bob Thornton (Monster’s BallFargo).

The Gray Man akan tersedia di perkhidmatan penstriman Netflix pada 22 Julai ini.

Related posts

Henry Cavill Dilaporkan Menolak Tawaran WB untuk Kembali sebagai Superman

Kakimuvee

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Leave a Comment