You are here Home » “Concept Art” Far From Home Paparkan Pertarungan Spider-Man & Mysterio Dalam Lanskap Ilusi Yang Menakjubkan

“Concept Art” Far From Home Paparkan Pertarungan Spider-Man & Mysterio Dalam Lanskap Ilusi Yang Menakjubkan

Antara babak penting dalam filem Spider-Man: Far From Home adalah babak aksi yang memaparkan pertarungan diantara Spider-Man dan Mysterio dalam lanskap illusi yang cukup menakjubkan.

Terbaru, beberapa gambar konsep seni dari filem kedua Spider-Man telah mula tersebar di media sosial. Gambar-gambar tersebut menunjukkan beberapa momen penting dari pertarungan diantara dua seteru itu, antaranya Quentin Beck menahan MJ sebagai tebusan, perkuburan pahlawan Avengers yang gugur dan banyak lagi.

Anda boleh saksikan gambar-gambar konsep yang menarik ini dibawah.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Filem ini dibintangi oleh Tom Holland yang memainkan peranan utama sebagai Peter Parker / Spider-Man, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

BACA:  Patrick Wilson Bawa Watak Orm Dalam Filem Aquaman

Spider-Man: Far From Home boleh didapati dalam versi digital, versi blu-ray dan DVD

Loading...